Sinar Harian: Malaysia, Taiwan umum program pengiktirafan nano

NANOVERIFY Sdn Bhd (NVSB) dan Persatuan Pembangunan Industri Nanoteknologi Taiwan (Tanida), mengumumkan program pengiktirafan tanda pengesahan nano bersama yang akan membuka perdagangan dan memacu penembusan pasaran produk berasaskan nanoteknologi di kedua-dua negara.

Pengarah Urusan NVSB, Johan Iskandar berkata, program ini membolehkan produk nanoteknologi yang diperakui dari program pengesahan masing-masing untuk menerima pengiktirafan yang sama di Malaysia dan Taiwan.

“Program ini diunjurkan membolehkan pensijilan lebih daripada 100 produk nanoteknologi baru di Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang, serta memudahkan kemasukan lebih daripada 20 syarikat domestik ke pasaran Taiwan.

“Kerjasama ini sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan teknologi nanoteknologi di dalam dan di luar negara,” katanya.

Katanya, industri nanoteknologi berkembang pesat dengan unjuran mencecah hampir RM500 bilion di seluruh dunia menjelang 2024.

“Kerjasama antara badan pengesahan seperti ini akan menjadi penting dalam mencapai unjuran itu dengan meningkatkan kesedaran dan membina kepercayaan pengguna melalui peningkatan produk nano skala global,” katanya.

Program ini, yang disokong oleh jawatankuasa pemandu Tanida-NVSB bersempena dengan Asian Nano Forum (ANF) 2018, di Taiwan, membolehkan pemohon menikmati proses pengesahan yang dipercepat kepada kemudahan makmal uji bersepadu.

Di samping itu, kerjasama sinergi difokuskan untuk membangunkan kempen strategik untuk menggalakkan ‘nano-technopreneurs’ dan perniagaan untuk mengesahkan produk mereka.

Dengan kerjasama Sirim QAS International, NVSB kendalikan Program NanoVerify, program pensijilan sukarela untuk proses dan produk dengan tuntutan elemen nano dan peningkatan nano.

Sementara itu, Tanida menyelia operasi NanoMark Taiwan, untuk pengesahan dan pengiktirafan yang sama.

Pada masa ini terdapat 34 produk nanoteknologi yang diperakui di Malaysia, dari kosmetik dan penyelesaian pembersihan ke peralatan rumah dan baja, dengan minat yang semakin meningkat dari para pemain industri.

 
 
 

To facilitate and expedite the growth of nanotechnology in Malaysia by enhancing consumer trusts in nanotechnology. Disclaimer and Privacy Policy 

 

Copyright © 2018 | NanoVerified Sdn Bhd. All rights reserved